Sunday, September 15, 2019

Percutian Ke Movie Animation Park Studios MAPS Ipoh Perak

Assalamualaikum , Hi guys ini adalah posting sambungan dari Percutian Ke Ipoh . Destinasi terakhir ke Movie Animation Park Studios yang terletak berdekatan dengan Bandar Meru Jaya . Datang sini boleh naik kereta atau pun bas , malah Terminal Bus Amanjaya Ipoh 3 minit dari MAPS . Dibuka Isnin - Khamis dari jam 4 petang sehingga 11 malam , manakala Jumaat-Ahad ,Public Holiday , School Holiday dari 10 pagi sehingga 11 malam . TUTUP setiap hari Rabu .

Boleh book tiket bas secara online di SINI EASYBOOK , pergi balik RM40 .




TIKET
Mulai 1 Mac 2019 MAPS tidak lagi mengenakan unlimited riding , sistem baru sekarang free entry tapi pay per ride . Lebih kurang sama macam Genting tapi Genting ada 2 option , unlimited dan juga pay per ride . TAPI siapa yang beli kat SINI KLOOK dapat tiket UNLIMITED (selected rides) RM47 Sahaja dan sah sehingga bulan 13 December ! So sesiapa yang belum pi MAPS tolong lah pi tahun ni juga . Kalau tak kena bayar pay per ride , tambahan kalau bawa anak anak 1 tiket dah RM9 kalau 10 permainan anak 4 orang tak ke pengsan hehe .






7 SEPETEMBER 2019

Waktu ni dah pukul 5 lebih rasa macam lambat pula tapi base on my experience haritu main kat Tropolis Theme Park Genting sekejap je boleh cover so yang ni pun rasanya begitu juga , tambahan tutup pukul 11 malam . Korang kalau ada power bank tolong lah bawa , waktu sampai kat sini battery tinggal 10% di tambah pula cable charger kereta lambat macam sibut nak full hihi . So daku dengan kawan tido dulu dalam kereta sementara caj battery .





Bila sampai di kaunter , ada beberapa lane , untuk belian secara online perlu masuk lane kiri sekali ada tunjuk `E-PASS (ONLINE)`


Nanti abang kat situ akan minta korang forward email dari KLOOK tu email di bawah . Jika tiada internet boleh guna internet sini , turut disediakan .


Yeah gelang udah dapat




Untuk ke main base perlu lalui macam jambatan ala ala nak ke Sentosa Island Singapore . Saya suggestkan kepada pihak MAPS kalau boleh kolam kat situ buat ride macam Flyboard ke , sampan or anything , so at least ada juga manfaat tapi tak taulah kot sebelum ni ada .



Sebelum nak main tu ambil gambar dulu



Disini terdapat 38 jenis permainan dan terdiri daripada 5 zon . Animation square , blast off zone , fantasy forest , lakeside dan live action .



Permainan yang pertama Bumber Blast atau dikenali sebagai bumber car , ini memang favorite fuad , paling suka kalau main benda ni . Bumper Blast jika pay per ride RM9 . Oh ya waktu sampai kat sini orang tak ramai walaupun hari sabtu .  .








Permainan kedua Hyperspin , PPR RM9 . Siapa yang pernah main kat Genting outdoor dulu mesti tau , malah permainan ni cukup popular di fun fair , tapi tulah dia punya tu tak tinggi sangat , kalau genting tinggi , sekali hayun menjerit . Fuad naik benda ni muka mcm ni -_- haha .





Benda alah ni bukan permainan tau tapi dalam ni ada restoran , tak taulah pasal apa tak masuk kalau tak boleh post gambar kat sini




Permainan ketiga Asteroid Attack , PPR RM9 . Permainan ni agak thrill juga , siapa yang tak tahan tu mungkin boleh muntah . Kombinasi takut + best . Cubalah tengok kat bawah orang tak ada pun , so yang naik fuad ngan kawan then ada lagi 2 wanita .







Permainan kat bawah ni tak tau apa sebab under maintenance


Jangan lupa untuk bergambar di bawah , rugi kalau tak ambil . Ala macam pergi Disneyland .






Fuad terbayang kat bawah ni dia buat macam ada kereta persembahan , kereta animation , semua pakai kostum lepas tu nyanyi nyanyi , lebih kurang macam kat USS tapi tulah kalau yang datang pun ciput tak berbaloi nak bayar cast .




Yes permainan keempat yang di tunggu tunggu iaitu Gravity Tower , PPR RM15 . First nak cakap lah ini permaianan pertama dan terakhir fuad naik haha . Siapa yang pernah naik Solero Genting tau lah macam mana , yang tu pun kita takut nak naik apa ntah lagi nak naik benda ni tapi disebabkan untuk mencabar diri pasal permainan lain so far tidak mencapai ketakutan daku , kita on saja lah , yang lawaknya kan orang tak ramai then nak main ni pun kena bayar RM15 , so bila fuad ngan kawan naik tu seolah olah orang sekeliling menantikan detik ini , pasal kadang kadang ada orang dia nak tengok orang lain naik dulu baru timbul keterujaan tu . Dah 2 orang jatey dok jerit kat situ , dengar suara kita je  haha.



tinggi tak tinggi haa itulah dia  , naik dah lah berdua waktu dia turun tu zusss suara sampai tak boleh nak keluar , haa samapi begitu sekali , sampi kat bawah baru keluar suara . Dia punya takut tu aishhh tak mo lah naik lagi , but for me this the best ride dekat MAPS , datang sini kalau tak naik rugi giler ! Tolonglah naik , fuad tak nak rasa sorang sorang haha





tengoklah tak ada orang pun



Sebelum nak naik dia orang akan timbang dahulu , bila mencapai had yang ditetapkan baru boleh kalau tak kena tunggu orang lain lagi yang nak join .


Tempat kelima Coliseum Water Play , ni macam kita boleh main air dalam tu tapi section ni ditutup pula , so dapat ambil gambar di luar saja




 Tempat keenam The Adventures Hq Tree House , best juga dalam tu boleh buat video ambil gambar







Permainan ketujuh Fantasy Carousel , PPR RM6 . Inilah permainan yang agak mencabar dan menakutkan ! Haha , tak adalah gurau saja  , memandangkan dah unlimited kita main semua lah walaupun permainan budak budak .





Yeahhhh haa im kids


Permainan kelapan , sebelah je dengan Fantasy Carousel , Whirling Wizard , PPR RM6 . Ala ala jet terbang yang turun naik turun naik hihi . Awas yang berbadan comel tidak digalakkan naik sebab ruagan nak masuk tu waduh comel sangat .



Permainan kesembilan , Zugo`s Crystal Quest , PPR RM9 , tak buka pula , baru nak main , sebelum datang sini dah tengok benda ni . Takpelah tak ada rezeki .




Dekat sini banyak tempat makan yang disediakan , harga pun berpatutan .






Tempat kesepuluh Boboiboy 4D Adventures Theatre , ramai orang cakap ini paling best , oh ya sebelum nak masuk sini ada waktu tertentu , fuad sangat galakkan sebelum korang nak main benda lain tengok show pukul berapa , show start jam 7:30 , pukul 7 dah boleh masuk .












Wow hall dia besar juga , kalau tengok dia punya ruangan boleh muat lebih 400 orang dalam satu masa . Sewaktu masuk kedalam diberi 4D Glass untuk di pakai . Show selama 10 minit .




Best juga , not bad okey . Kalau siapa pernah tonton 4D sebelum ni mesti tau macam mana rupenya . Kerusi yang bergerak , ada angin , ada air , kelas !


Lepas tengok Boboiboy , jam dah nak pukul 8 moh ler kita solat dulu , ada je surau kat situ tinggal nak atau tak saja . Tengok lah ice cream yang di jual kat sini , standard lah , bagi fuad memang tak mahal kalau nak compare dengan theme park lain .






Tempat kesebelas Stunt Legend Arena , PPR RM9. Inilah show yang dinanti nantikan  , sini pun ada waktu tertentu juga tau , memang sedang cantik je 8:30PM  . Pukul 8 dah boleh masuk .











Persembahan dia lain dari yang lain , usually kita akan disajikan show binatang gajah , dolphin , kucing , aksi lakonan lasak  tapi yang ini aksi kereta . Sangat bijak , yerlah nanti tak ada lah orang bosan , kalau aksi yang sama seperti di tempat lain baik tak perlu tengok .


So cerita dia ada 2 kumpulan drifter berlawan siapa paling power buat drift , moto pacak dan sebagainya , uishh bunyi ekzos dia tu perghh mendebarkan . Ramai penonton bersorak dan terhibur .



 





Habis tu boleh lah kalau korang nak bergambar ke kan



Habis je tengok show kita ronda ronda lagi , tengok mana yang belum masuyk lagi





Tempat ke dua belas Dark Ride , PPR RM9 , tengok dari luar macam menarik rumah ni . Aish apa lagi jomlah masuk .





Bila tengok ni teringat waktu kat Disneyland Hong Kong lebih kurang permainan dia , tapi yang kat HK tu lagi best lah hehe , so cara permainan dia kita kena duduk dalam tu then diberi pistol laser  , tugas kita perlu tembak sebanyak mungkin benda yang dinyalakan lampu hijau . Haa waktu kat dalam tu kita orang gelak gelak je adoi .








Tempat ketiga belas Wormhole Technologies , PPR RM3 . Ni ala ala masuk ke dalam dunia aerospace . Sesuai lah kalau mereka yang nak bergambar atau buat video . Dalam ni juga ada section 3D untuk bergambar .










Okey habis dah menerokai , ada tempat lain tak masuk sebab gelang unlimited ni tak include untuk External Rides.


So sebelum pulang ke Malaysia , last kita main Bumber Car , Hyperspin dan yang last Gravity Tower , macam fuad tekankan tadi , tu kali pertama dan terakhir jadinya kawan jelah naik dengan orang lain haha .





Nasib waktu ni ada sekumpulan wanita tengah beratur dapat lah kawan naik sekali .






Okeylah itu saja untuk harini , time to back home , nasib esok ahad , boleh lah tidur sampai tengah hari hihi . Apa yang fuad boleh cakap Movie Animation Park Studios best ! Ada keunikan dia tersendiri dengan theme park lain , dengan tiket RM47 dapat enjoy for me okyelah untuk refresh minda seketika .



Waktu nak balik ke KL rupanya kat Amanjaya sebelah MAPS , kat bulatan sesak ada pasar malam dan tarikan , nampaknya sini lagi meriah dari MAPS huhu . Okey gerak dari Ipoh pukul 10 malam anggaran sampai dalam 12 lebih , tapi tau tak sampi rumah KL jam berapa ? 6 pagi haha , bantai tido dalam kereta kt RnR , ngantuk giler , dah lah yang semalam punya tak cover tidur 1 jam . Takpelah yang penting selamat , kalau rasa ngantuk berhenti terus jangan drive , sangat bahaya , even terlelap 2 saat je dah boleh kemalangan , okeylah guys terima kasih sudi baca , segala pertanyaan ke apa boleh komen di bawah okey , fuad hari hari baca komen korang , Bye ..



UNTUK SENARAI PERCUTIAN FUAD KLIK SINI


SENARAI TEMPAT LAWATAN MENARIK DI IPOH

Lost World of Tambun Ipoh 
Movie Animation Park Studios
Frenzy Hippo Water Park
Kidszooona Ipoh
Ipoh Private Tour
Explore Royal Belum Tour
Ipoh Private Heritage Tour
Kuala Kangsar Private Tour 

UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE  

4 comments:

  1. Total habus sana untuk permainan saja berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM47 unlimited , tapi 2020 dah tak ada unlimited , pay per ride

      Delete
    2. berbeza mengikut permaianan , full list price boleh tgk disini https://www.mapsperak.com/

      Delete