Friday, June 26, 2020

Norma Baharu - Lawatan Ke Aquaria KLCC 2020

Assalamualaikum,Hi Guys ! Posting ini sambungan dari posting sebelum ni , percutian di Kuala Lumpur dengan norma baharu . Boleh klik link di bawah .





Akhirnya Aquaria KLCC telah dibuka untuk orang ramai dengan norma baharu dan SOP yang telah ditetapkan , yahuu , inilah masanya untuk korang merehatkan minda setelah sekian lama betapa di dalam rumah sewaktu PKP . Bawa keluarga , anak anak dan kawan untuk merasai pengalaman kehidupan haiwan di dalam laut . Actually fuad dah lama gila tak datang sini , last waktu sekolah rendah tu pun ayah bawa . So mana yang tak pernah datang tu jom jom kita naikkan balik pelancongan domestik . Jika tidak kita siapa lagi kan .




Seperti biasa kesemua pelawat perlu mengimbas suhu terlebih dalulu.


Amalkan penjarakkan sosial 1 meter , pakai mask , gunakan sanitizer dan imbas QR code .


Pelekat social distancing telah dilekatkan dan berdiri di garisan .




Harga masuk Aquaria KLCC bagi pemegang mykad RM49 dewasa , RM39 kanak kanak . Boleh beli di website mereka disini . Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 10 pagi sehingaa jam 7 petang . Untuk datang kesini senang je , naik LRT turun station KLCC .



Setiap pelawat perlu di dipjakkan tapak kasut ke dalam petak yang disediakan bagi tujuan sanitize , bagus bukan !


Susunan kerusi juga telah dijarakkan satu meter .



Fuad nak ingatkan pihak Aquaria sangat menitik beratkan penjarakkan sosial , setiap station dilekatkan dengan sticker , pastikan korang berdiri di sticker yang betul .



Bukan setakat sahaja dapat milihat binatang yang ada disini malah korang dapat menambah ilmu baru .

 



 

Menurut staff disitu ini alah replika betul yang telah diawetkan



so excited bila nampak finding nemo , selalu nampak dalam movie je



Kira-kira 71 peratus permukaan Bumi meliputi air, dan lautan memegang sekitar 96.5% dari ke semua air di planet bumi. Lautan mengandungi hidupan liar yang luar biasa yang kini menderita kerana perbuatan manusia itu sendiri. Seperti penangkapan ikan secara berlebihan, pencemaran, dan perubahan iklim telah mempengaruhi jumlah lautan . Melalui usaha pemuliharaan Aquaria KLCC , mereka telah mengambil langkah dalam menyediakan penyelesaian pemuliharaan yang akan membantu menjadikan lautan kita lebih sihat dan bersih .




haa itu bukan ranting kayu ya , itu adalah Spotted Garden Eel



tengah tengah syok tengok kadang kala tu posisi kita dah lari pada sticker , haa cepat cepat kembali balik sebelum akak situ `social distancing please ` hehe




nak masuk ke station lain pun wajib disanitize





Tengoklah sampai tandas pun telah di cross zibrakan dan hanya empat orang sahaja dibenarkan masuk . No more people okey !



 


Ini adalah spesis kuda laut yang terbesar di dunia .




haii ikan parii , itu bukan mata dia ya , tu insang dia





Ada station tidak diletakat di lantai , hanya ditampal di batu hadang sahaja






Mahu menyelam tetapi tidak mempunyai lesen menyelam? Jangan risau kini korang boleh merasai sendiri dengan masuk ke dalam sangkar bawah air buatan khas yang mana satu-satunya "Living Ocean" di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Dengan ini korang lebih dekat dan mesra dengan ikan yu dan spesis ikan yang lain. TIME SLOT hanya 11.00 pagi sahaja (not available on every Monday, Wednesday & Saturday) , kena booking terlebih dahulu . Harga RM235 seorang .




so apa tunggu lagi guyss , jom datang beramai ramai dan pastikan mengikut segala SOP yang ditetapkan . Kita jaga kita



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

2 comments:

  1. Nak tanya, kalau nak masuk pun kena ada spotcheck macam kat airport tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada rasanya . waktu masuk haritu tidak diberitahu mengenai spotcheck

      Delete