CUTI CUTI KUALA LUMPUR NORMA BAHARU
Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan destinasi persinggahan pelancongan berkonsepkan ikonik seni yang terletak di tengah pusat bandar. Pusat kraf setempat ini menawarkan produk yang berkaitan dengan pelancongan seperti produk berteraskan seni dan kraf, untuk pengunjung tempatan dan luar negeri. Kompleks yang bercirikan seni bina Melayu Terengganu ini menghimpunkan produk-produk kraf tangan tradisi dan moden kontemporari dari seluruh pelusuk negara.
Mengunjungi Kompleks Kraf umpama menerokai kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh dengan kegemilangan seni kraf turun-temurun.
Terletak di Jalan Conlay Kuala Lumpur yang beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 6 petang . Masuk adalah PERCUMA . Semenjak PKPP Kompleks Kraff telah dibuka oleh orang ramai dan pastinya SOP yang telah dijalankan cukup baik dari pihak pengurusan .
Seperti pelekat penjarakkan social telah dilekatkan di pintu masuk utama dan setiap station yang berada di dalam kompleks . Memang nampak mereka sangat sangat menitikberatkan isu covid 19 buat orang ramai yang hadir ke sini supaya semuanya terjaga . Suhu juga akan di ambil sebelum masuk ke dalam kompleks dan setiap pelawat harus mengisi butiran kemasukkan .
kerusi juga telah di pangkahkan bagi penjarakkan social satu meter
penggunaan hand sanitizer
telah dijarakkan stau meter , bagus kan , so orang yang datang sini pun rasa selamat je
pengimbas QR code bagi mysejahtera
pastikan korang semua berdiri di pelekat yang telah disediakan , kadang kala ada orang dia tak perasan rupanya dah terkeluar dari penanda
seronoknya disini korang boleh rasai pengalaman mencanting batik , owh free je , staff sini yang akan tunjuk ajar . Fuad juga tidak melepaskan peluang , maklumlah tinggal je di KL tapi nilah pertama kalinya mencanting batik also first time datang ke sini
Kraf tangan disini bukan setakat dipamerkan sahaja malah korang juga boleh membelinya , contoh bagi tikar di bawah berharga RM190 , haa jangan korang ingat tikar tikar macam ni murah ya , selalu nampak orang orang kampung je kan pakai , rasanya harga dah taraf karpet IKEA ! kelasss bukan ? Kalau boleh dah beli bentang di rumah harga jangan tanggal haha . Bukan apa nanti adalah mulut mulut kak nam `ehh pakaii tikarr kuburrr je ` awass ya tikar ni bukan sebarang tikar , pi tengok harga kat hujung tu pasti kak nam terkejut
see bila di modernkan pergh sangat cantik dan unik
di dalam kompleks ni terdapat beberapa bahagian , seperti yang fuad bagitau tadi nak masuk ke setiap station perlu mengisi nama dan suhu juga akan disemak terlebih dahulu.
mana yang tak tau mengenai sejarah pemakaian orang Malaysia memang sesuaii sangat datang ke sini , dapat juga menambah ilmu dan pengetahuan
haa yang ni pula kita boleh mencanting sendiri dan bawa pulang ke rumah , harga bagi setiap plak bermula RM5-RM300 . Sekarang tempok PKPP ada potongan 50% , rugilah siapa tak cuba .
nak masuk ke sini perlu mengisi butiran nama dan suhu akan di ambil
sangat teruja , bayangkan korang bawa keluarga , anak anak enjoyinggg mencanting tak lupa juga mak bapa pun turut seronok , this is how we spend time together for our quality time ! Untuk plak fuad ni hanya RM2.50 selepas diskaun . Tapi yang plak kecil ni sentiasa habis .
cantikkann seni cantinggan fuad hihi
akak ni cakap dia nak buat dan belajar seni pembuatan pasu berasaskan tanah liat mengambil masa tiga tahun , wow lamanya , tapi tengoklah hasilnya cukup memberangsangkan .
sini juga terdapat pusat beli belah untuk produk kraf tangan seperti batik , kain pasang dan baju kemeja . Serious dekat sini corak dia semua cantik cantik , mungkin korang boleh beralih ke sini pula , harga pun sangat berpatutan ! Owh ya nak masuk sini perlu mengisi butiran nama dan suhu akan diambil .
lawakan batiknya , so korang apa tunggu lagi masukkan sekarang dalam wish list , percuma je sayang , kalau boleh bawa satu keluarga . Pasti tidak mengecewakan !
UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE
No comments:
Post a Comment