Tuesday, June 30, 2020

Norma Baharu - Mengunjungi Ke Bahulu Arang Kuala Lumpur

Assalamualikum , hi guys ! Posting ini sambungan dari posting sebelum ni , percutian di Kuala Lumpur dengan norma baharu . Boleh klik link di bawah .

CUTI CUTI KUALA LUMPUR NORMA BAHARU



Bahulu Arang telah ditubuhkan pada Oktober 2018 yang terletak di Jalan Pahang Kuala Lumpur. Produk utama pastinya bahulu yang menggunakan kaedah tradisional yang telah dikomersialkan pada masa kini. Penggunaan arang sebagai pengganti oven merupakan elemen yang kuat digunakan dalam pembakaran dan penghasilan baulu serta penggunaan pasir dalam proses pembakaran kuih baulu. Tambah lagi, resepi dan adunan yang dihasilkan merupakan resepi baulu yang di ambil daripada zaman 60-an. 



Mungkin ramai sebenarnya yang tak tau kewujudan premis ini , termasuklah fuad , walhal selalu je lalu sini . Tamabahn pula sekarang memang susah giler nak jumpa perniagaan yang buat bahulu menggunakan secara tradisi orang dulu dulu , sekarang senang dah semua guna mesin dan bakar je guna oven , tak perlu lagi nak cari arang dan pasir , tapi tidak Bahulu Arang mereka kembalikan balik penggunaan orang kata tu old school bagi tidak dipupus akan datang .

Pihak Bahulu Arang telah mengikuti garis panduan SOP yang telah ditetapkan seperti pengimbas QR code , pemakaian mask dan semua pelanggan harus mengisi nama terlebih dahulu , tidak lupa juga hand sanitizer turut diletakkan .


Jangan risau sini ada parking , korang kena pusing ke belakang


Perlu mengimbas QR code sebelum masuk ke premis



Butiran nama juga perlu diisi , mereka juga menyediakan sekotak face mask bagi pelanggan mereka yang tiada .



Bahulu Arang juga mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi cara penghasilan kuih baulu. Hal ini kerana, Bahulu Arang mempunyai lebih 200 unit acuan baulu yang diperbuat daripada tembaga yang terdiri daripada lebih 70 jenis acuan. Acuan yang menjadi koleksi Bahulu Arang merupakan acuan tembaga lama yang dikumpul daripada seluruh tanah air dan ada diantaranya berusia lebih daripada 70 tahun. Acuan-acuan ini dikumpul lebih daripada 3 tahun oleh pemilik Bahulu Arang.



Ini acuan paling mahal yang berharga RM1000 lebih dan telah berusia 100 tahun !


Ini adalah proses pembuatan Bahulu , korang boleh tengok gambar di bawah




Sangat legend kan , manalah nak jumpa cara pembuatan begini di KL .


Fuh gebusss


Haa inilah hasilnya terdapat berapa jenis seperti bahulu strawberry , mix fruit dan coklat rice


Fuad sangat tertarik dengan packaging yang telah mereka sediakan , inilah ang membezakan Bahulu Arang dengan perniagaan bahulu lain , mereka juga menerima tempahan untuk door gift bagi sesebuah majlis atau hadiah .


Harga pula tidak mahal , satu bekas ni kalau tak silap RM18



Jangan lupa bawa pulang , boleh beli untuk keluarga dan kawan kawan . Kita support dan tanda sokongan industri sebegini .



UNTUK SENARAI ARTIKEL KLIK SINI
BELIAN TIKET LAWATAN MENARIK KLIK
FOLLOW INSTAGRAM FUAD
SUBSCRIBE YOUTUBE 

No comments:

Post a Comment