Assalamualikum , hi guys ! Posting ini sambungan dari posting sebelum ni , percutian di Kuala Lumpur dengan norma baharu . Boleh klik link di bawah .
Fuad percaya lebih ramai lagi penduduk di Kuala Lumpur masih belum pergi ke Taman Burung atau KL Bird Park termasuklah fuad sendiri hehe . Selalunya lalu kat sini bila pergi ke Masjid Negara tapi belum pernah berkesempatan kesini . Kalau nak tau KL Bird Park terletak di Taman Perdana Botani . Kalau nak tau KL Bird Park adalah World Largest Free-flight Walk-in Aviary , hebat bukan . So korang wajib datang kesini . Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk cuti umum dan cuti sekolah . Untuk harga pula , bagi pemegang mykad RM25 dewasa RM6 kanak kanak , tapi sekarang ada promosi untuk dewasa RM16 sahaja , valid sehingga 31 July .
Untuk datang kesini boleh menaiki KL Hop-On-Hop-Off Double Decker Tour Bus Service atau naik Komuter turun station Kuala Lumpur tapi kena jalan sikit , nak lagi mudah haa memandu je .
Pelekat penjarakkan social 1 meter juga telah dilekatkan . Pastikan jarak anda tidak terlalu dekat dengan pelawat lain .
Satu kerusi hanya dibenarkan dua orang sahaja .
Penutup muka jangan lupa dibawa sebelum datang ke sini .
Haaa sebelum nak tour pastikan ambil risalah peta taman dahulu supaya melancarkan perjalanan anda di dalam nanti , tak adalah sesat , at least dah tau nak kemana dulu dan paling penting dah tau di mana toilet hihi .
Terbahagi kepada 4 zone . Zone 1 terdapat spesis naughty Indian Ring-necked Parakeets , Flamingo Pond , Bulbul Land dan Brahminy Land exhibits dengan koleksi spesis Brahminy Kites antara burung popular di Malaysia . Jangan lupa menyaksikan Eagle's Feeding show di Brahminy Land jam 2.30pm .
Zone 2 , menempatkan Nicobar pigeon, Baya weaver and Scarlet ibis dan burung terbesar di dunia iaitu Ostrich yang mana matanya lebih besar dari otaknya . This area is also a favourite spot
for some of our more matured Peafowls.
Zone 3 , terdapat Taman Hornbill yang sangat indah , ia menggambarkan hutan hujan tropika Malaysia yang sebenar, dengan pokok-pokok malar hijau yang menjulang tinggi, beberapa menjulang sehingga ketinggian bangunan 10 tingkat. Ini adalah rumah bagi Rhinoceros Hornbill, one of the largest hornbill species in the world.
Tempat duduk telah di cross zibra dengan pelekat penanda bagi penjarakkan sosial .
Untuk kenang kenangan anda semua boleh bergambar dengan parrots , hati hati ya , jangan sesuka hati nak sentuh atau pegang , sekali dia patuk haaa menangis karang . Pihak staff sini yang akan letakkan di tangan atau bahu anda .
Disini terdapat sebuah cafe kecil boleh lah minum dan makan ice cream , tapi hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk satu meja .
Sebilangan burung mungkin mempunyai kuku dan mata yang tajam, manakala yang lain dapat mengigit tanpa menunggu mangsanya. Hormatilah mereka dan jangan sesekali menyentuh, mengganggu, melemparkan objek atau menjerit kepada mereka. Kalau nak kena cubalah buat ya , ingat tau korang dalam sangkar mereka .
haaa kawasan ni port baikk punya untuk menerima hadiah hihi , sekali dia berak hermm nasib lah , tak ramai yang berani turun ke bawah , u guys bawa payung for protection .
Apa lagi guyss , dah boleh set date untuk bawa family ke KL Bird Park , sementara tengah promosi ni , nanti karang dah kembali pada asal melepas pula . Boleh layari website mereka disini dan Instagram @klbirdparkmalaysia .
SENARAI PERCUTIAN KLIK SINI
No comments:
Post a Comment